Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Polis Trafik Dan Orang Awam Bersama Bersihkan Halangan Di Jalan Raya

Diterbitkan: 02 Feb 2022 7.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Pemantauan Op Selamat 17 dari JSPT, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang diketuai oleh ASP Mohd Azlizi Razali bersama Sarjan Mejar Mohd Radzi Asmara Ibrahim, Lans Koperal Diesam dan Lans Koperal Usriman Udin kerana mengalihkan longgokan tanah dan rumput yang dipercayai terjatuh dari kenderaan berat yang melalui Jalan Pesisir Pantai Bekenu/Bintulu, Sarawak, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-polis-trafik-dan-orang-awam-bersama-bersihkan-halangan-di-jalan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT
Sudah menjadi amalan buat pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sedia membantu mengalihkan apa jua halangan yang terdapat di jalan raya bagi memastikan kelancaran trafik.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Pemantauan Op Selamat 17 dari JSPT, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang diketuai oleh ASP Mohd Azlizi Razali bersama Sarjan Mejar Mohd Radzi Asmara Ibrahim, Lans Koperal Diesam dan Lans Koperal Usriman Udin kerana mengalihkan longgokan tanah dan rumput yang dipercayai terjatuh dari kenderaan berat yang melalui Jalan Pesisir Pantai Bekenu/Bintulu, Sarawak, kelmarin.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada orang awam yang bersama membantu agar jalan tersebut kembali selamat digunakan.

Pengguna jalan raya sentiasa diingatkan supaya memeriksa muatan yang dibawa agar dalam keadaan selamat dan bertutup kemas bagi mengelakkan sebarang kejadian atau musibah daripada berlaku.

Sumber: JSPT Kontinjen Sarawak

Pautan Video di https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/651541539218565/
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2022 7.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM