Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Polis Pekan Selamatkan Wanita Kemurungan Di Jambatan Sultan Abu Bakar
Tindakan pantas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil, Inspektor Nazratul Awadah Bakar be...
Tindakan pantas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan yang diketuai oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil, Inspektor Nazratul Awadah Bakar berjaya menyelamatkan seorang wanita yang kemurungan di Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan, kelmarin.
Terdahulu, kejadian itu disedari orang awam kira-kira jam 2.45 petang yang terkejut melihat wanita itu bersendirian di tepi jambatan berkenaan.
Pegawai polis berkenaan yang ketika kejadian sedang melalui jalan raya tersebut bertindak terus memberhentikan kenderaan dan menghulurkan bantuan dengan menenangkan mangsa sebelum di bawa ke tepi. Mangsa kemudiannya berjaya dipujuk dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Polis Daerah Pekan
Pautan Video:
https://youtube.com/shorts/RkfVJxx6SLQ?feature=share