Artikel
#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Tiktok Arbani hairuddin atas perkongsian serta penghargaan kepada Polis Diraja Mala...
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Tiktok Arbani hairuddin atas perkongsian serta penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu iaitu Sarjan Stanley Sidih, Koperal Mohd Hafiz Adib Ag. Damit dan Koperal Mohd Nur Ikhwan Abdul Jip.
Anggota terlibat telah membantu mengiringi beliau ke hospital ketika suaminya mengalami sesak nafas. Dalam situasi cemas tersebut, mereka bertindak pantas melancarkan perjalanan walaupun berdepan kesesakan lalu lintas, sekali gus memastikan pesakit tiba dengan selamat untuk mendapatkan rawatan segera.
Kecekapan dan keprihatin yang ditunjukkan oleh anggota terlibat menggambarkan komitmen tinggi PDRM dalam menjalankan amanah di samping memastikan keselamatan dan kebajikan orang awam sentiasa menjadi keutamaan, khususnya dalam keadaan kecemasan.
Sumber video: Arbanie hairuddin

