Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Diterbitkan: 29 Apr 2026 8.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Hatimin Ttr atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu yang tampil membantu mangsa serta mengawal lalu lintas susulan kemalangan di Jalan Tuaran berhampiran Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260429
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT
 
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Hatimin Ttr atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu yang tampil membantu mangsa serta mengawal lalu lintas susulan kemalangan di Jalan Tuaran berhampiran Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Dalam situasi mencabar itu, anggota yang kebetulan melalui lokasi kejadian bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada mangsa wanita, sementara rakan setugas lain cekap mengawal aliran trafik yang sesak agar keadaan kekal terkawal.

Walaupun berdepan cuaca panas terik, anggota terus setia menggalas amanah dengan penuh dedikasi, mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan.

Sumber video: Facebook Hatimin Ttr

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
ArtikelDiterbitkan 29 Apr 2026 8.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM