Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260106
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok Subalakkshmi atas perkongsian penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja...
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok Subalakkshmi atas perkongsian penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya buat anggota Balai Polis Ampang Jaya iaitu Lans Koperal Abdullah Shamat dan Konstabel Muhammad Amsyar Roslan yang telah meluangkan masa dan memberikan layanan mesra dalam merealisasikan impian seorang kanak-kanak sempena sambutan hari lahirnya.
Keprihatinan serta sikap ramah anggota terbabit bukan sahaja menceriakan hari istimewa tersebut, malah turut meninggalkan kenangan manis yang amat bermakna buat kanak-kanak berkenaan dan keluarganya.
Detik berharga ini jelas mencerminkan sisi kemanusiaan dan komitmen anggota PDRM dalam mendekati masyarakat.
Sumber video: TikTok Subalakkshmi
