Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 14 07 2026
Terima kasih kepada pemilik akaun Thread Eliandira atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tampil menghulurkan bantua...
Terima kasih kepada pemilik akaun Thread Eliandira atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tampil menghulurkan bantuan apabila mengiringi beliau dari Pasir Gudang ke Hospital Sultan Ismail, Johor ketika dalam keadaan hampir bersalin.
Dalam situasi cemas tersebut, anggota polis bertindak pantas melancarkan perjalanan walaupun berdepan kesesakan lalu lintas, sekali gus memastikan beliau tiba dengan selamat dan berjaya melahirkan bayi kembar di hospital berkenaan.
Keprihatinan dan tindakan anggota terbabit menggambarkan semangat "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" yang sentiasa mengutamakan keselamatan, kebajikan serta kesejahteraan masyarakat.
Sumber: Thread Eliandira
