Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Pdrm Sentiasa Ada Untuk Masyarakat
Keprihatinan warga Sang Saka Biru terus terserlah apabila pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak...
Keprihatinan warga Sang Saka Biru terus terserlah apabila pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak tampil membantu menolak sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak, semalam.
Ketika menjalankan rondaan, Inspektor Mohd Hairy Baharudin bersama beberapa anggotanya dan orang awam segera mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran trafik.
Tindakan pantas ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengutamakan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
Sumber: BSPT IPD HILIR PERAK
