Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Op Selamat 26 Prihatin Tanpa Batas Khidmat Tanpa Henti
Ketika menjalankan rondaan cegah kemalangan sempena Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri, Koperal Logeswaran Thiravedamani dan Lans Koperal Mohammad Zulhaiqal A...
Ketika menjalankan rondaan cegah kemalangan sempena Op Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri, Koperal Logeswaran Thiravedamani dan Lans Koperal Mohammad Zulhaiqal A Rahman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom telah didatangi oleh seorang lelaki yang berdepan kesulitan apabila pintu rumahnya terkunci dan mengalami kerosakan, semalam.
Mereka tampil memberi bantuan yang diperlukan sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu tersebut.
Tindakan ini mencerminkan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memberikan perkhidmatan terbaik di samping menzahirkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan terhadap masyarakat.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”
