Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: KESELAMATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI

Diterbitkan: 26 Feb 2026 2.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Respon pantas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) iaitu Koperal Christopher Dennis, Koperal Muhammad Alif Hunain, Lans Koperal Mohd Faiz Hamdan dan Lans Koperal Mohamad Syamim Mohamad Jasmi membuktikan komitmen tinggi Pasukan dalam memastikan keselamatan serta kebajikan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan apabila tampil menghulurkan bantuan kepada orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Angsana Mall, Johor Bahru, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-keselamatan-anda-keutamaan-kami-20260226
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:31 MYT
 
Respon pantas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) iaitu Koperal Christopher Dennis, Koperal Muhammad Alif Hunain, Lans Koperal Mohd Faiz Hamdan dan Lans Koperal Mohamad Syamim Mohamad Jasmi membuktikan komitmen tinggi Pasukan dalam memastikan keselamatan serta kebajikan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan apabila tampil menghulurkan bantuan kepada orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Angsana Mall, Johor Bahru, semalam.

Kecekapan dan sikap empati yang ditunjukkan bukan sahaja berjaya melancarkan keadaan trafik, malah mencerminkan keprihatinan anggota BSPT IPD JBU dalam menangani situasi kecemasan di jalan raya.

Semoga semangat prihatin dan responsif ini menjadi tauladan kepada seluruh warga Sang Saka Biru agar sentiasa peka serta cakna terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna jalan raya, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan.

Sumbar: TikTok Trafik JBU

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: KESELAMATAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI
ArtikelDiterbitkan 26 Feb 2026 2.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM