Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Banjir Kilat Polis Trafik Bantu Bersihkan Longkang Tersumbat

Published: 06 Dec 2023 2.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, hujan lebat pada sebelah petang, menyebabkan laluan menghala ke susur Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), berdekatan sebuah stesen minyak dinaiki air.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-banjir-kilat-polis-trafik-bantu-bersihkan-longkang-tersumbat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT
Johor Bahru, 6 Disember 2023 - Lima anggota polis trafik bertindak pantas membersihkan longkang yang tersumbat bagi melancarkan lalu lintas pada waktu puncak, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata, hujan lebat pada sebelah petang, menyebabkan laluan menghala ke susur Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), berdekatan sebuah stesen minyak dinaiki air.

"Anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara telah bertindak pantas dengan mencari punca air bertakung di laluan tersebut dan telah mengambil inisiatif membersihkan lubang longkang yang tersumbat itu.

"Tindakan proaktif itu membantu pergerakan kenderaan lancar kerana tiada lagi air melimpah di jalan utama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../banjir-kilat-polis...

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara dan Sinar Harian
ArticlePublished 06 Dec 2023 2.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM