Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Trafik Ipd Johor Bahru Utara Bantu Tolak Kenderaan Yangrosak

Published: 03 Feb 2026 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketika menjalankan rondaan trafik di kawasan berkenaan, mereka telah terserempak dengan sebuah kenderaan rosak. Demi keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan kelancaran aliran trafik, bantuan segera telah diberikan dengan mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-anggota-trafik-ipd-johor-bahru-utara-bantu-tolak-kenderaan-yangrosak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:06 MYT
Terima kasih kepada Lans Koperal M. Jailani Mohamad, Lans Koperal Muhammad Idham Mohamed Rusni bersama Lans Koperal Rosmadi Abdul Raman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara atas bantuan kepada orang awam yang mengalami kerosakan pada kereta di Jalan Kempas Lama - Jalan Kempas Baru (Setia Tropika), Johor Bahru, Johor.

Ketika menjalankan rondaan trafik di kawasan berkenaan, mereka telah terserempak dengan sebuah kenderaan rosak. Demi keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan kelancaran aliran trafik, bantuan segera telah diberikan dengan mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat.

Sikap prihatin dan pantas ini mencerminkan komitmen berterusan warga Sang Saka Biru dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat.

Sumber: TikTok TRAFIK JBU

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Trafik Ipd Johor Bahru Utara Bantu Tolak Kenderaan Yangrosak

ArticlePublished 03 Feb 2026 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM