
Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Mpv Ipd Ipoh Bantu Alih Kenderaan Rosak Di Tengah Jalan
Tahniah dan syabas kepada Koperal V. Devan Raj dan Konstabel Shahrul Murad Mohamed Tahir dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Kesela...
Tahniah dan syabas kepada Koperal V. Devan Raj dan Konstabel Shahrul Murad Mohamed Tahir dari Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana menghulurkan bantuan kepada orang awam yang mengalami kerosakan enjin kenderaan di hadapan Balai Polis Jelapang, Ipoh.
Tindakan pantas kedua-dua anggota tersebut mengalihkan kenderaan ke kawasan selamat berjaya mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sikap cakna dan prihatin seperti inilah yang mencerminkan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Sumber: Polis Daerah Ipoh