Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Bspt Ipd Lipis Selamatkan Pasangan Terbabas Dalam Parit
Terima kasih Sarjan Mohd Affendy Suhaimi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis atas tindakan pantas beli...
Terima kasih Sarjan Mohd Affendy Suhaimi dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis atas tindakan pantas beliau menyelamatkan sepasang suami isteri yang hampir lemas, selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kilometer 4, Jalan Lipis ke Merapoh, Kuala Lipis, Pahang, pagi semalam.
Biarpun tindakan Sarjan Mohd Affendy itu dilihat agak berisiko, namun keberanian beliau wajar dicontohi warga Sang Saka Biru. Dan sebagai anggota polis, tugas menyelamatkan nyawa orang awam sentiasa menjadi keutamaan.
Sumber video: Orang awam

Pautan video:
https://www.facebook.com/watch/?v=545060544905614