Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Bspt Ipd Johor Bahru Utara Iring Kenderaan Kecemasan Ke Hsa

Diterbitkan: 25 Apr 2026 12.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Md Isa Sanusi dan Koperal Mohamad Noor Bujang dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara kerana bertindak pantas mengiringi kenderaan awam yang dinaiki pasangan suami isteri ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-anggota-bspt-ipd-johor-bahru-utara-iring-kenderaan-kecemasan-ke-hsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:32 MYT
 
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Md Isa Sanusi dan Koperal Mohamad Noor Bujang dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara kerana bertindak pantas mengiringi kenderaan awam yang dinaiki pasangan suami isteri ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, baru-baru ini.

Kejadian berlaku di Jalan Bahru – Air Hitam (Jalan Skudai) menghala ke Johor Bahru apabila kenderaan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebelum dimaklumkan oleh orang awam kepada anggota trafik bertugas.

Bertindak segera atas rasa tanggungjawab, kedua-dua anggota telah mengiringi kenderaan tersebut sehingga tiba dengan selamat di hospital bagi memastikan mangsa menerima rawatan segera.

Insiden ini membuktikan kesigapan dan semangat kebersamaan warga Sang Saka Biru dalam membantu orang awam tanpa mengira latar belakang.

ArtikelDiterbitkan 25 Apr 2026 12.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM