Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Bspt Ipd Johor Bahru Utara Iring Kenderaan Kecemasan Ke Hsa
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Md Isa Sanusi dan Koperal Mohamad Noor Bujang dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis D...
Terima kasih diucapkan kepada Sarjan Md Isa Sanusi dan Koperal Mohamad Noor Bujang dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara kerana bertindak pantas mengiringi kenderaan awam yang dinaiki pasangan suami isteri ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, baru-baru ini.
Kejadian berlaku di Jalan Bahru – Air Hitam (Jalan Skudai) menghala ke Johor Bahru apabila kenderaan tersebut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebelum dimaklumkan oleh orang awam kepada anggota trafik bertugas.
Bertindak segera atas rasa tanggungjawab, kedua-dua anggota telah mengiringi kenderaan tersebut sehingga tiba dengan selamat di hospital bagi memastikan mangsa menerima rawatan segera.
Insiden ini membuktikan kesigapan dan semangat kebersamaan warga Sang Saka Biru dalam membantu orang awam tanpa mengira latar belakang.
