Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Bpjkk Ipd Pontian Bantu Tolak Van Rosak Lancarkan Aliran Trafik

Diterbitkan: 28 Jul 2026 8.13 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Tiga anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian tampil menghulurkan bantuan kepada sebuah van milik Kolej Vokasional Tanjung Piai yang mengalami kerosakan enjin di Jalan Alsagoff, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-anggota-bpjkk-ipd-pontian-bantu-tolak-van-rosak-lancarkan-aliran-trafik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:28 MYT
Tiga anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian tampil menghulurkan bantuan kepada sebuah van milik Kolej Vokasional Tanjung Piai yang mengalami kerosakan enjin di Jalan Alsagoff, petang semalam.

Anggota yang terlibat ialah Koperal Naim Abdullah, Konstabel Nizam Noor Azman dan Konstabel Hafiz M. Esa. Mereka membantu menolak van tersebut ke kawasan perkarangan IPD Lama Pontian bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Sesungguhnya, nilai kemanusiaan dan semangat berkhidmat sentiasa menjadi pegangan warga Polis Diraja Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira masa, tempat mahupun keadaan.

Sumber: TikTok @black_pdu

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Bpjkk Ipd Pontian Bantu Tolak Van Rosak Lancarkan Aliran Trafik
ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2026 8.13 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM