Article
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Balai Polis Kulim Hi Tech Bantu Tolak Kenderaan Rosak
Tindakan pantas dua anggota dari Balai Polis Kulim Hi-Tech, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Koperal Nitthiyan Shanmugan dan Konstabel Abdilah Ahmad Sarup...
Tindakan pantas dua anggota dari Balai Polis Kulim Hi-Tech, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Koperal Nitthiyan Shanmugan dan Konstabel Abdilah Ahmad Sarupun Makam yang menghulurkan bantuan kepada sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan enjin di Jalan Kulim-Mahang menghala ke Hospital Kulim, baru-baru ini, wajar dipuji.
Kedua-dua anggota berkenaan bertindak membantu menolak kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Keprihatinan dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan mencerminkan komitmen warga Polis Diraja Malaysia dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selaras dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Sumber: IPD KULIM