Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Titipanpenghargaan Titipan Penghargaan Artikel Pilihan Tindakan Pantas Polis Tahan Pencuri Terima Pujian

Diterbitkan: 13 Jul 2022 1.35 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Segamat, 13 Julai 2022 - Cubaan seorang lelaki untuk melarikan beg duit dalam sebuah kenderaan di Jalan Genuang di sini, gagal apabila berjaya ditahan anggota polis yang berada berdekatan lokasi kejadian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-titipanpenghargaan-titipan-penghargaan-artikel-pilihan-tindakan-pantas-polis-tahan-pencuri-terima-pujian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:32 MYT
Biarjasajadikenangan Titipanpenghargaan Titipan Penghargaan Artikel Pilihan Tindakan Pantas Polis Tahan Pencuri Terima Pujian
Laman Utama / Artikel / Biarjasajadikenangan Titipanpenghargaan Titipan Penghargaan Artikel Pilihan Tindakan Pantas Polis Tahan Pencuri Terima Pujian
Kembali ke Pustaka
Artikel

Biarjasajadikenangan Titipanpenghargaan Titipan Penghargaan Artikel Pilihan Tindakan Pantas Polis Tahan Pencuri Terima Pujian

Segamat, 13 Julai 2022 - Cubaan seorang lelaki untuk melarikan beg duit dalam sebuah kenderaan di Jalan Genuang di sini, gagal apabila berjaya ditahan anggota...
Segamat, 13 Julai 2022 - Cubaan seorang lelaki untuk melarikan beg duit dalam sebuah kenderaan di Jalan Genuang di sini, gagal apabila berjaya ditahan anggota polis yang berada berdekatan lokasi kejadian.

Kisah lelaki disyaki terbabit dalam kes cubaan mencuri beg dalam kereta seorang lelaki serta anaknya yang menjerit itu turut tular dalam media sosial sejak semalam.

Orang ramai memuji kejayaan pihak Polis Daerah Segamat yang bertindak pantas menangkap suspek dalam kejadian di hadapan sebuah bank di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian pukul 10.10 pagi kelmarin itu, pemilik kenderaan Proton Iswara, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an meninggalkan anak lelakinya berusia 12 tahun dalam kereta berseorangan untuk berurusan di sebuah bank berhampiran.

“Kereta itu kemudiannya didatangi seorang lelaki berusia 45 tahun. Lelaki tersebut membuka pintu penumpang hadapan sebelum cuba melarikan sebuah beg berwarna coklat mengandungi sejumlah wang.

“Kanak-kanak lelaki tersebut yang melihat kejadian itu kemudiannya menjerit meminta tolong daripada orang ramai yang berhampiran. Kebetulan kehadiran polis sedang melakukan rondaan cegah jenayah di lokasi kejadian menyebabkan suspek berjaya diberkas serta-merta.

Hasil siasatan awal mendapati suspek turut memiliki enam rekod jenayah lampau selain tujuh kes berkaitan dadah dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../tindakan-pantas-polis.../

Sumber: Utusan Online dan Facebook Apisrazak Apissitidayah

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13072022
 
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2022 1.35 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM