Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Sarjan Polis Wira Jambatan Sultan Ismail Petra Diberi Pengiktirafan Oleh Kpn

Published: 02 Aug 2024 5.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2024 - Kisah seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Sarjan Mohd Ridzuan Remlan yang menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra dekat Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Julai lalu wajar dikenang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-sarjan-polis-wira-jambatan-sultan-ismail-petra-diberi-pengiktirafan-oleh-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2024 - Kisah seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Sarjan Mohd Ridzuan Remlan yang menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra dekat Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 28 Julai lalu wajar dikenang.

Sikap berani, penuh bertanggungjawab dan peka akan keselamatan masyarakat walaupun di luar waktu bertugas oleh Sarjan Mohd Ridzuan terus mendapat pujian orang ramai sejak videonya menyelamatkan mangsa tular baru-baru ini.

Ibarat ‘Tak Hidup Dek Puji, Tak Mati Dek Keji’, tindakan penuh bertanggungjawab wira Polis Diraja Malaysia itu jelas membuktikan betapa dekat dan sayangnya warga Pasukan kepada masyarakat untuk melindungi serta menyelamatkan satu nyawa manusia yang begitu berharga.

Hari ini, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain sendiri menjemput dan menyantuni Sarjan Mohd Ridzuan serta Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud ke Bukit Aman untuk diberikan Sijil Penghargaan.

Majlis yang berlangsung dalam pejabat KPN itu jelas membuktikan bahawa pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia begitu menghargai dan memuji tindakan anggota polis yang berjiwa besar, penyayang dan bertanggungjawab kepada orang awam itu.

Sarjan Mohd Ridzuan ketika ditemui selepas majlis tersebut mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh Tan Sri Razarudin kepadanya sambil menganggap ia sebagai satu penghormatan tertinggi buat seluruh anggota Pasukan lain yang bertungkus-lumus di bawah untuk melindungi rakyat dan negara.

Terima kasih Sarjan Mohd Ridzuan, anda adalah hero rakyat Malaysia! Syabas dan tahniah dari seluruh warga Pasukan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, the Oval Office, dais and text

May be an image of 2 people, the Oval Office and text

May be an image of 3 people, the Oval Office and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of ‎2 people and ‎text that says '‎CPOLIS POLIS AYSAJU AYS'A AYSA ATO نشS aH 한디 RM‎'‎‎

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people, ambulance and text


ArticlePublished 02 Aug 2024 5.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM