
Artikel
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Warga Sang Saka Biru Sertai Gotong Royong Komuniti
Program yang diadakan bertujuan untuk memelihara kebersihan persekitaran kampung serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ia mer...
Warga Balai Polis Bebuloh, Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan yang diketuai oleh ketua polis balainya, Sarjan Mejar Elvindo Jinos hadir gotong-royong bersama-sama pihak Bomba, Rela serta penduduk setempat di Kampung Belukut, Labuan, semalam.
Program yang diadakan bertujuan untuk memelihara kebersihan persekitaran kampung serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat. Selain itu, ia merupakan inisiatif dalam memperkukuh hubungan dua hala antara pihak polis dan komuniti setempat, selari dengan aspirasi pembinaan masyarakat MADANI.
Aktiviti seumpama ini membuktikan bahawa hubungan erat antara pasukan polis dan penduduk adalah tunjang kepada keharmonian masyarakat.
‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’