Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Tujuh Anggota Trafik Bertungkus Lumus Padamkan Kebakaran Di Lebuhraya Silk

Published: 20 Feb 2023 12.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tujuh anggota dari Unit EMPV Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di lebuh raya tersebut, berpunca oleh pembakaran sampah di kawasan perumahan berdekatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-tujuh-anggota-trafik-bertungkus-lumus-padamkan-kebakaran-di-lebuhraya-silk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Tujuh anggota dari Unit EMPV Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlaku di lebuh raya tersebut, berpunca oleh pembakaran sampah di kawasan perumahan berdekatan.

Tindakan pantas Sarjan Mohd Firdaus Md Yusoff, Koperal Azizi Adnan, Koperal Shahirul Mohd Yaacob, Koperal Fakrulzaki Mat, Koperal Khayrol Nizzam Ismail, Koperal Amir Fahmy Ahmad dan Lans Koperal Mohamad Hamzah Mohamad akhirnya berjaya memadamkan kebakaran itu dengan bantuan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan buat kesemua anggota polis trafik yang terlibat kerana sanggup mengambil risiko demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya diutamakan.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

May be an image of 1 person, fire and outdoors

May be an image of 3 people, people standing, fire and outdoors

May be an image of 1 person, tree and outdoors

ArticlePublished 20 Feb 2023 12.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM