Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri

Diterbitkan: 01 Dec 2025 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan satu penerbangan ihsan membawa pesakit iaitu Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Encik Apui Jan dari Kota Kinabalu ke Hospital Miri, Sarawak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-pgu-pangkalan-sabah-lakukan-penerbangan-ihsan-bawa-pengarah-jabatan-belia-dan-sukan-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:31 MYT
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri
Laman Utama / Artikel / Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri
Kembali ke Pustaka
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri

Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan satu penerbangan ihsan membawa pesakit iaitu Pengarah Jabatan Beli...
Kota Kinabalu, 30 November 2025 – Polis Diraja Malaysia melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan satu penerbangan ihsan membawa pesakit iaitu Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Encik Apui Jan dari Kota Kinabalu ke Hospital Miri, Sarawak.

Penerbangan menggunakan pesawat Textron 208 itu dikendalikan oleh Kapten Pesawat, DSP Ng Chuen Beng bersama Pembantu Juruterbang, Inspektor Low Xi Hu serta Pemerhati Udara, Sarjan Mejar Andrew Adam Jipmon.

Turut bersama dalam penerbangan tersebut ialah isteri Encik Apui, seorang doktor serta jururawat dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

Komander Pangkalan Sabah PGU, ACP Ras Nazrin Shah Abdullah mewakili seluruh warga kerja, menzahirkan doa agar Encik Apui dipermudahkan urusan rawatan dan diberikan kesembuhan.

ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2025 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM