
Article
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20260331
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Fazilah Salim atas penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Sempo...
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Fazilah Salim atas penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna atas komitmen, rondaan serta kawalan keselamatan yang dilaksanakan sepanjang tempoh cuti perayaan.
Keprihatinan dan dedikasi warga PDRM dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara jelas memberi keyakinan dan ketenangan kepada masyarakat setempat.
Orang ramai turut digalakkan memanfaatkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol bagi memaklumkan ketiadaan di rumah sekali gus membantu pihak polis melaksanakan pemantauan dan rondaan secara lebih tersusun.
Sumber: Facebook Fazilah Salim

