
Article
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Anggota Trafik Ipd Penampang Bantu Pemandu Kereta Tukar Tayar
Sumber: Polis Daerah Penampang
POSTING PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK IPD PENAMPANG BANTU PEMANDU KERETA TUKAR TAYAR
Terima kasih kepada Koperal Mazdie Musa, Lans Koperal Ahmad Syazwan Ramzi dan Lans Koperal Adam Ahmad dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah kerana memberikan bantuan dengan menukar tayar dua buah kenderaan yang pancit semasa melakukan tugas rondaan di Jalan Papar - Jalan Kota Kinabalu, berdekatan Kampung Meruntum, Putatan, pagi tadi.
Tindakan pantas yang diambil oleh ketiga-tiga anggota berkenaan secara tidak langsung membantu menyelesaikan urusan pemilik kenderaan berkenaan. Semoga amalan mulia yang ditunjukkan ini dapat menjadi contoh kepada seluruh warga Sang Saka Biru seiring dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Sumber: Polis Daerah Penampang