Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Anggota Polis Tenangkan Wanita Tersesat Dalam Dusun

Published: 22 Jun 2022 12.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 22 Jun 2022 - Tindakan seorang anggota polis memeluk erat seorang wanita menghadapi tekanan perasaan sehingga tersesat ke kawasan dusun di Karak dekat sini semalam membuktikan tugas pihak berkuasa bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang. Sikap prihatin polis dalam insiden menyelamatkan wanita berusia 33 tahun dan seorang anaknya itu wajar menjadi contoh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-anggota-polis-tenangkan-wanita-tersesat-dalam-dusun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuantan, 22 Jun 2022 -
Tindakan seorang anggota polis memeluk erat seorang wanita menghadapi tekanan perasaan sehingga tersesat ke kawasan dusun di Karak dekat sini semalam membuktikan tugas pihak berkuasa bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang.
Sikap prihatin polis dalam insiden menyelamatkan wanita berusia 33 tahun dan seorang anaknya itu wajar menjadi contoh.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 7.10 pagi semalam sebelum menghantar anggota wanita, Koperal Norsiah Mahammud bersama bantuan bomba bagi membantu mangsa.

“Memang tidak sepatutnya wanita itu berada di tempat berkenaan namun pasukan penyelamat berjaya menenangkan mangsa. Wanita Cina itu dikatakan duduk di dalam kereta hampir setengah jam kemudian keluar daripada kereta terus menerkam dan memeluk Norsiah sambil teresak-esak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Polis sentiasa membantu masyarakat, contoh seperti tukar tayar di tepi jalan dan kali ini mereka bertindak atas maklumat orang ramai bagi membantu wanita berkenaan atas sifat kemanusiaan yang tinggi.

“Berbuat baik setiap hari ini benda mudah, tidak perlu modal pun bahkan boleh membantu ramai orang,” kata Zaiham lagi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: POLIS Bentong dan MalaysiaGazette

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, tree and outdoors

May be an image of 3 people, tree and outdoors
ArticlePublished 22 Jun 2022 12.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM