Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Anggota Balai Polis Tun Razak Bantu Tukar Tayar Kenderaan Pancit

Diterbitkan: 21 Dec 2025 6.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.58 PM
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Muhamad Hafiz Fauzi dan Konstabel Muhamad Izuddin Mohd Bakry dari Balai Polis Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin atas keprihatinan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar pancit di Jalan Keratong–Bahau, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-anggota-balai-polis-tun-razak-bantu-tukar-tayar-kenderaan-pancit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:19 MYT
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Muhamad Hafiz Fauzi dan Konstabel Muhamad Izuddin Mohd Bakry dari Balai Polis Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin atas keprihatinan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah tayar pancit di Jalan Keratong–Bahau, Bandar Tun Abdul Razak, Rompin, Pahang.

Kedua-dua anggota polis tersebut, bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, Mohammad Hafiz Faizal, yang ketika itu sedang menjalankan tugas rondaan, telah segera memberhentikan kenderaan dan menghulurkan bantuan sebaik mungkin.

Hasil keikhlasan dan semangat kerjasama, kenderaan berkenaan berjaya meneruskan perjalanan dengan selamat. Semoga teladan murni yang ditunjukkan ini menjadi contoh kepada seluruh warga Sang Saka Biru, selaras dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2025 6.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.58 PM