Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Walau Sekecil Bantuan Yang Diberikan Memberi Seribu Makna Kepada Mereka Yang Memerlukan

Published: 04 Mar 2024 11.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Satu
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-walau-sekecil-bantuan-yang-diberikan-memberi-seribu-makna-kepada-mereka-yang-memerlukan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Walau Sekecil Bantuan Yang Diberikan Memberi Seribu Makna Kepada Mereka Yang Memerlukan
Home / Article / Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Walau Sekecil Bantuan Yang Diberikan Memberi Seribu Makna Kepada Mereka Yang Memerlukan
Back to Library
Article

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Walau Sekecil Bantuan Yang Diberikan Memberi Seribu Makna Kepada Mereka Yang Memerlukan

Sumber: Pasukan Polis Marin Wilayah Satu
Sepasukan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu yang diketuai oleh Sub Inspektor Arifin Omar, Koperal Mohd Shamri Mat Husin, Koperal Muhammad Zaid Musa, Lans Koperal Shahirul Kamil Abd Ghafur dan Lans Koperal Muhamad Akmal Supaat bertindak pantas memberi bantuan kepada seorang lelaki yang diserang penyakit asma ketika sedang memancing di Perairan Pelabuhan Barat semalam.

Lelaki tersebut dibawa menaiki bot ronda PSC39 dan sampai di Jeti Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang dengan selamat serta telah diberikan bantuan kecemasan oleh Jabatan Kesihatan daerah berkenaan.

Hebatnya anggota yang terlibat, begitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas membantu masyarakat ketika dilanda masalah, semoga ia menjadi inspirasi buat rakan sepasukan yang lain.

 
ArticlePublished 04 Mar 2024 11.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM