Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Sikap Prihatin Anggota Trafik Ipd Tangkak Bantu Alihkan Penghadang Jalan

Diterbitkan: 05 Jun 2025 2.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.04 PM
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Mohd Aliff Hj. Omar, Koperal Mohd Nazir Abd Karim dan Lans Koperal Mohamad Shaiful Alif Mohd Sharif dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak atas tindakan proaktif mengalihkan kon penghadang jalan yang berselerak akibat dilanggar kenderaan berat di kawasan kerja-kerja naik taraf jalan raya sekitar Jalan Muar ke Tangkak, Johor, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-sikap-prihatin-anggota-trafik-ipd-tangkak-bantu-alihkan-penghadang-jalan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:39 MYT
PIC OF THE DAY: SIKAP PRIHATIN ANGGOTA TRAFIK IPD TANGKAK BANTU ALIHKAN PENGHADANG JALAN.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Mohd Aliff Hj. Omar, Koperal Mohd Nazir Abd Karim dan Lans Koperal Mohamad Shaiful Alif Mohd Sharif dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak atas tindakan proaktif mengalihkan kon penghadang jalan yang berselerak akibat dilanggar kenderaan berat di kawasan kerja-kerja naik taraf jalan raya sekitar Jalan Muar ke Tangkak, Johor, baru-baru ini.

Tindakan proaktif ketiga-tiga anggota ini bukan sahaja membantu memastikan kelancaran aliran trafik, malah mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain yang melalui kawasan berkenaan. Semoga semangat tanggungjawab dan kecekapan sebegini terus menjadi contoh kepada warga Sang Saka Biru.

ArtikelDiterbitkan 05 Jun 2025 2.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.04 PM