Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Sepasukan Anggota Empv Sektor 5 Zon Selatan 3 Bantu Selamatkan Lelaki Terbaring Dalam Longkang

Published: 04 Sep 2024 1.39 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sepasukan anggota EMPV Sektor 5 Zon Selatan 3 (Air Hitam - Sedenak), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah menyelamatkan seorang lelaki yang terbaring di dalam longkang semasa melakukan tugas rondaan di Kilometer (KM) 40 arah Utara, Lebuhraya Utara-Selatan, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-sepasukan-anggota-empv-sektor-5-zon-selatan-3-bantu-selamatkan-lelaki-terbaring-dalam-longkang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:22 MYT
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Sepasukan Anggota Empv Sektor 5 Zon Selatan 3 Bantu Selamatkan Lelaki Terbaring Dalam Longkang
Home / Article / Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Sepasukan Anggota Empv Sektor 5 Zon Selatan 3 Bantu Selamatkan Lelaki Terbaring Dalam Longkang
Back to Library
Article

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Sepasukan Anggota Empv Sektor 5 Zon Selatan 3 Bantu Selamatkan Lelaki Terbaring Dalam Longkang

Sepasukan anggota EMPV Sektor 5 Zon Selatan 3 (Air Hitam - Sedenak), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah menyelamatkan seorang lelaki y...
Sepasukan anggota EMPV Sektor 5 Zon Selatan 3 (Air Hitam - Sedenak), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah menyelamatkan seorang lelaki yang terbaring di dalam longkang semasa melakukan tugas rondaan di Kilometer (KM) 40 arah Utara, Lebuhraya Utara-Selatan, baru-baru ini.

Keluarga lelaki berkenaan telah berjaya dihubungi berdasarkan nombor pada telefon bimbitnya dan dihantar pulang ke pangkuan keluarga di Senai, Johor dengan selamat. Lelaki itu dipercayai mengalami masalah mental dan dilaporkan hilang sejak awal pagi serta tidak dapat dikesan keberadaannya oleh ahli keluarga.

Terima kasih kepada Koperal Mohammad Khuyum Wahid, Koperal Salman Khan dan Lans Koperal Nor Mohd Asyhad Naim Zakaria atas keprihatinan menjaga keselamatan awam dan berusaha memberi khidmat terbaik bagi memastikan individu berkenaan diserahkan kembali kepada keluarganya dalam keadaan baik.

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

 
ArticlePublished 04 Sep 2024 1.39 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM