
Article
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Dua Anggota Urb Ipd Rompin Selamatkan Wanita Cuba Terjun Jambatan
Tindakan pantas dua anggota dari Unit Ronda Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin iaitu Koperal Hairul Hamzari Gaya dan Konstabel Imran Rus...
Tindakan pantas dua anggota dari Unit Ronda Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin iaitu Koperal Hairul Hamzari Gaya dan Konstabel Imran Rusli berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun dari jambatan di jalan utama Kuantan-Johor Bahru, semalam.
Mangsa yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental berjaya dipujuk oleh kedua-dua anggota berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Rompin untuk diserahkan semula kepada keluarga.
Sumber: Polis Daerah Rompin