Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Dua Anggota Polis Bantu Lelaki Alami Sakit Jantung

Diterbitkan: 27 Feb 2024 8.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Polis Daerah Sungai Buloh
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-dua-anggota-polis-bantu-lelaki-alami-sakit-jantung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
Penghargaan kepada dua anggota polis dari Balai Polis Kampung Baru Subang, Shah Alam, Selangor yang segera menghubungi ambulans selepas seorang lelaki yang hadir di balai polis berkenaan mengalami sakit di bahagian dada.

Koperal Faizel Kamal Mustapha dan Lans Koperal Emirza Aqmall Sulong yang ketika itu sedang bertugas, bertindak pantas selepas melihat lelaki berkenaan menunjukkan simptom sakit jantung setibanya beliau di pos pengawal.

Lelaki tersebut berjaya mendapatkan bantuan awal selepas ambulans tiba dan seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Tahniah buat kedua-dua anggota berkenaan atas sikap prihatin yang dipamerkan dan teruskan berbakti kepada masyarakat dalam apa jua keadaan.

 
ArtikelDiterbitkan 27 Feb 2024 8.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM