
Article
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Dua Anggota Polis Bantu Lelaki Alami Sakit Jantung
Sumber: Polis Daerah Sungai Buloh
Penghargaan kepada dua anggota polis dari Balai Polis Kampung Baru Subang, Shah Alam, Selangor yang segera menghubungi ambulans selepas seorang lelaki yang hadir di balai polis berkenaan mengalami sakit di bahagian dada.
Lelaki tersebut berjaya mendapatkan bantuan awal selepas ambulans tiba dan seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Tahniah buat kedua-dua anggota berkenaan atas sikap prihatin yang dipamerkan dan teruskan berbakti kepada masyarakat dalam apa jua keadaan.