Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan PIC OF THE DAY: BANTU-MEMBANTU AMALAN MULIA

Diterbitkan: 20 Sep 2024 10.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: BPJKK IPD Kota Kinabalu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-bantu-membantu-amalan-mulia-20240920
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:18 MYT
PIC OF THE DAY: BANTU-MEMBANTU AMALAN MULIA

Tahniah buat sepasukan anggota dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu iaitu Koperal Latif Matusin, Koperal Ag. Yazlie Mohd Ag. Jaya, Koperal Sokongan Jefree Basnih dan Koperal Louis yang bertindak pantas mengalihkan pokok tumbang akibat hujan lebat di Batu Empat Jalan Tuaran berhampiran Gereja Likas, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

Mereka juga turut dibantu orang awam di kawasan tersebut bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dan jalan raya selamat digunakan oleh pengguna jalan raya yang lain.

 
ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2024 10.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM