
Artikel
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Urb Ipd Seri Alam Berjaya Selamatkan Kanak Kanak Oku Daripada Kebakaran
Mereka yang dalam perjalanan melakukan rondaan cegah jenayah telah ditahan oleh orang awam dan memaklumkan terdapat dua kanak-kanak terperangkap di dalam rumah...
Tindakan pantas Koperal Muhamad Hazra Zainal dan Konstabel Puganeswara Thirumaran dari unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa kebakaran di Persiaran Damai, Taman Scientex, Johor baru-baru ini.
Bantuan awal diberikan bersama orang awam dan berjaya memecahkan pintu sehingga kedua-dua mangsa dibawa keluar dengan selamat. Kecekapan kedua-dua anggota polis wajar diberi pujian kerana berjaya mengelak kemalangan jiwa daripada berlaku.
Sumber: Polis Daerah Seri Alam



