Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Mpv Ipd Raub Bantu Kenderaan Rosak Alami Tayar Pecah

Published: 15 Jun 2024 9.04 AM Updated: 15 Aug 2026 8.08 PM
Terima kasih diucapkan kepada para anggota tersebut dan ramai lagi warga Pasukan lain yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesulitan. “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-anggota-mpv-ipd-raub-bantu-kenderaan-rosak-alami-tayar-pecah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:29 MYT
Koperal Nasrul Hadi Fauzi dan Lans Koperal Muhamad Zahid Othman dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub semasa dalam penugasan rondaan telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki bersama keluarganya mengalami kerosakan tayar pecah serta tiada mempunyai tayar ganti di Kilometer 45 Lingkaran Tengah Utama, Raub, Pahang menghala ke Pantai Timur, awal pagi tadi.

Atas sifat empati yang tinggi, kedua-dua anggota itu segera menghulurkan bantuan dan meminta pertolongan orang awam untuk meminjamkan tayar gantian mereka bagi memudahkan perjalanan ke bengkel berdekatan.

Terima kasih diucapkan kepada para anggota tersebut dan ramai lagi warga Pasukan lain yang sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat yang dalam kesulitan.
“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

 
ArticlePublished 15 Jun 2024 9.04 AMUpdated 15 Aug 2026 8.08 PM