Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Mpv Ipd Ipoh Bantu Tukar Tayar Kenderaan Pancit

Published: 09 Nov 2024 1.56 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Walaupun kecil bantuan yang diberikan, namun besar maknanya kepada yang memerlukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-pic-of-the-day-anggota-mpv-ipd-ipoh-bantu-tukar-tayar-kenderaan-pancit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:39 MYT
Walaupun kecil bantuan yang diberikan, namun besar maknanya kepada yang memerlukan.
Terima kasih buat Sarjan Azmi Ahmad dan Lans Koperal Shaiful Nizam Barom dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atas bantuan yang dihulurkan kepada sebuah keluarga selepas kenderaan dinaiki mereka mengalami kekurangan angin pada tayar.
Kedua-dua anggota polis berkenaan yang sedang melakukan tugas rondaan di Jalan Ipoh-Lumut, Ipoh, Perak, ketika itu, segera memberhentikan kenderaan pasukan dan membantu semampu mereka.
Berkat keikhlasan, kenderaan tersebut berjaya dinaiki semula. Semoga teladan baik yang dipamerkan menjadi ikutan buat warga Sang Saka Biru yang lain, seiring dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada".

 
ArticlePublished 09 Nov 2024 1.56 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM