
Artikel
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Mpv Ipd Hilir Perak Bantu Pemandu Kereta Dalam Kesulitan
Terima kasih diucapkan kepada Konstabel Khairizam Khalid dan Konstabel Mohd Shahrul Nizam Alias dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (I...
Terima kasih diucapkan kepada Konstabel Khairizam Khalid dan Konstabel Mohd Shahrul Nizam Alias dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak atas bantuan mereka kepada seorang pemilik kereta yang mengalami kesulitan selepas tayar kenderaannya pancit menghala ke Batu 12 Jalan Bidor, Perak, semalam.
Keprihatinan dan komitmen tinggi yang ditunjukan oleh kedua-dua mereka membuktikan warga Sang Saka Biru sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat walau dalam apa jua keadaan.
Syabas Konstabel Khairizam dan Konstabel Mohd Shahrul Nizam atas dedikasi yang kalian tunjukkan!
Sumber: Polis Daerah Hilir Perak