
Artikel
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Jspt Bukit Aman Bantu Mangsa Kemalangan
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Di samping memastikan kelancaran lalu lintas terkawal, anggota dari Unit EMPV Sektor Secondlink, Zon Selatan 3, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman iaitu Koperal Ruzdian Shah Roslee, Koperal Muhammad Yusop Ismail, Koperal Nor Izwan A. Razak dan Lans Koperal Abang Amirul Arriffin Abg. Abdillah telah memberikan bantuan awal kepada seorang penunggang motosikal yang tercampak ke bawah jambatan di jalan di Kilometer 16, Lebuhraya Secondlink, Johor-Singapura, siang tadi.
Terima kasih kepada anggota yang terlibat atas bantuan yang dihulurkan dan didoakan semoga mangsa kemalangan diberi kesembuhan segera.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: