
Artikel
Biarjasajadikenangan Pic Of The Day Anggota Balai Polis Kuala Sedili Alih Dahan Tumbang Prihatin Keselamatan Awam
Diketuai oleh Ketua Polis Balai Kuala Sedili, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi iaitu Sarjan Mejar Mohammad Aizat Ahmad bersama dua anggota balai telah meng...
Diketuai oleh Ketua Polis Balai Kuala Sedili, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi iaitu Sarjan Mejar Mohammad Aizat Ahmad bersama dua anggota balai telah mengalihkan dahan pokok yang tumbang, bersama bantuan pekerja penyelangaraan di Jalan Tanjung Sedili - Teluk Jeri, Kota Tinggi, Johor Bahru, semalam.
Tindakan pantas sedemikian bagi memastikan tiada sebarang objek yang menghalang jalan berkenaan, sekali gus menjaga keselamatan awam dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Atas sifat keprihatinan yang ditunjukkan, jalan tersebut dapat digunakan semula dengan selamat.
Sumber: Polis Balai Kuala Sedili