
Article
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Tm Rai 27 Polis
Nilai, 3 September 2024 - Seramai 27 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai dan Balai Polis Nilai serta Mantin diraikan kerana kejayaan men...
Nilai, 3 September 2024 - Seramai 27 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai dan Balai Polis Nilai serta Mantin diraikan kerana kejayaan menumpaskan sindiket curi kabel Telekom Malaysia (TM).
“Kejadian kecurian kabel ini berlaku pada 23 Januari lalu kira-kira jam 10 malam di Jalan Mantin-Beranang yang mana ia disedari kontraktor TM selepas terdapat kehilangan kabel di lokasi.
“Polis terdiri daripada seorang pegawai dan tujuh anggota menjejaki penjenayah berkenaan hingga tertangkapnya seorang lelaki tempatan bersama barang rampasan.
‘Antara yang dirampas seguni wayar kabel, segulung tali kargo, satu besi jek hidraulik dan tiga pemotong kabel. Hasil tangkapan ini, suspek didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.