Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Tm Rai 27 Polis

Diterbitkan: 03 Sep 2024 2.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Nilai, 3 September 2024 - Seramai 27 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai dan Balai Polis Nilai serta Mantin diraikan kerana kejayaan menumpaskan sindiket curi kabel Telekom Malaysia (TM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-tm-rai-27-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:51 MYT
Nilai, 3 September 2024 - Seramai 27 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Nilai dan Balai Polis Nilai serta Mantin diraikan kerana kejayaan menumpaskan sindiket curi kabel Telekom Malaysia (TM).

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, penghargaan berbentuk anugerah ‘Cable Thief Reward’ itu disampaikan TM dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di sini, kelmarin.

“Kejadian kecurian kabel ini berlaku pada 23 Januari lalu kira-kira jam 10 malam di Jalan Mantin-Beranang yang mana ia disedari kontraktor TM selepas terdapat kehilangan kabel di lokasi.

“Polis terdiri daripada seorang pegawai dan tujuh anggota menjejaki penjenayah berkenaan hingga tertangkapnya seorang lelaki tempatan bersama barang rampasan.

‘Antara yang dirampas seguni wayar kabel, segulung tali kargo, satu besi jek hidraulik dan tiga pemotong kabel. Hasil tangkapan ini, suspek didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2024 2.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM