
Artikel
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Polis Kapit Adakan Upacara Penghormatan Terakhir Kepada Sarjan Jonathan Lambet
Kuching, 13 Mac 2024 - Polis Kapit mengadakan upacara penghormatan terakhir kepada Sarjan Jonathan Lambet semalam, yang lemas dalam kejadian bot karam di Batan...
Kuching, 13 Mac 2024 - Polis Kapit mengadakan upacara penghormatan terakhir kepada Sarjan Jonathan Lambet semalam, yang lemas dalam kejadian bot karam di Batang Baleh pada Khamis lepas.
Acara itu yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, dihadiri para pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam. Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu, Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Michael Jalat dan Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.
Rombongan kemudian bertolak dari IPD Kapit ke kampung halaman mendiang di Bau, di mana dia akan dikebumikan hari ini.
Jonathan merupakan salah seorang daripada lima mangsa bot fiber karam berhampiran SK Lepong Baleh, Batang Baleh pada Khamis lepas, sekitar jam 5 petang.
Hanya seorang mangsa, iaitu Moses Ngui berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan Borneo Sarawak seperti di lampiran.