Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Polis Beri Kejutan Buat Anak Dan Keluarga Rindu Lapan Bulan Berjauhan Terubat

Diterbitkan: 12 Sep 2021 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Justeru, saat kembalinya pegawai polis berusia 34 tahun itu ke pangkuan keluarga, isterinya, Puan Muna Adira Rusli, 33, tidak mahu ia dibiarkan 'kosong' apabila mencipta kejutan buat anak yang terlalu merindui bapa mereka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-pegawai-polis-beri-kejutan-buat-anak-dan-keluarga-rindu-lapan-bulan-berjauhan-terubat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:24 MYT
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Polis Beri Kejutan Buat Anak Dan Keluarga Rindu Lapan Bulan Berjauhan Terubat
Laman Utama / Artikel / Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Polis Beri Kejutan Buat Anak Dan Keluarga Rindu Lapan Bulan Berjauhan Terubat
Kembali ke Pustaka
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Pegawai Polis Beri Kejutan Buat Anak Dan Keluarga Rindu Lapan Bulan Berjauhan Terubat

Justeru, saat kembalinya pegawai polis berusia 34 tahun itu ke pangkuan keluarga, isterinya, Puan Muna Adira Rusli, 33, tidak mahu ia dibiarkan 'kosong' apabil...
Jerantut, 12 September 2021 - Berkelana lapan bulan di Kuala Lumpur menjalani latihan, berlanjutan pula meneruskan kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan di Kulai, Johor tentunya bukan mudah buat Inspektor Mohd Zifaizal Abdul Kadir yang terpaksa berpisah dengan isteri tercinta dan tiga anaknya.

Justeru, saat kembalinya pegawai polis berusia 34 tahun itu ke pangkuan keluarga, isterinya, Puan Muna Adira Rusli, 33, tidak mahu ia dibiarkan 'kosong' apabila mencipta kejutan buat anak yang terlalu merindui bapa mereka.

Mana tidaknya, setiap hari anaknya akan memangkah tarikh di kalendar untuk menghitung hari kepulangan bapa mereka membuatkan Puan Muna Adira tekad mahukan kepulangan suaminya itu menjadi hari yang istimewa buat anaknya.

Pada 27 Ogos lalu, ketika Inspektor Mohd Zifaizal kembali ke rumah keluarganya di Taman Mawar, Muna Adira berpakat dengan meminta suaminya berpura-pura menjadi penghantar makanan dan sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan tiga anaknya yang berusia antara dua hingga 8 tahun kerana mahu memberi mereka kejutan.

Puan Muna Adira berkata, menyedari 'penghantar makanan’ itu tidak beredar dari kawasan rumah, anak sulungnya, Afif Jazimin, 8, yang berada di depan pintu kehairanan.

"Afif beranikan diri membuka pelitup muka suami sebelum mengetahui yang datang itu sebenarnya adalah ayahnya.

"Saya jadi sebak apabila melihat Afif dan dua anak lain memeluk suami. Nampak sangat anak saya terlalu rindukan ayah mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of one or more people, people standing, animal and text that says 'Oleh Redzuan Muharam tro.com. Jerantut erkelana lapan bulan RINDU LAPAN
ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2021 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM