Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Memori Berdarah Lahad Datu 2013

Published: 09 Aug 2021 7.29 AM Updated: 20 Sep 2026 10.21 AM
Tepat pukul 9.50 pagi hari itu, dua anggota Tentera Kesultanan Sulu (RSF) yang berdiri di belakang seorang lelaki dipercayai ketua mereka tanpa berlengah melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah dua anggota peninjau pasukan C, 69 Komando yang hanya berada kira-kira 15 meter di hadapan mereka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-memori-berdarah-lahad-datu-2013
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:41 MYT
Tepat pukul 9.50 pagi hari itu, dua anggota Tentera Kesultanan Sulu (RSF) yang berdiri di belakang seorang lelaki dipercayai ketua mereka tanpa berlengah melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah dua anggota peninjau pasukan C, 69 Komando yang hanya berada kira-kira 15 meter di hadapan mereka.

Sebaik mendengar tembakan itu, dua anggota peninjau pasukan C yang paling hadapan bertindak serta-merta berlindung di sebalik pokok kelapa sawit. Tembakan musuh telah menghentam batang kelapa sawit yang menjadi pelindung dua anggota peninjau ini secara bertubi-tubi.

Tembakan daripada musuh berlarutan selama dua minit, namun sepanjang tempoh tersebut. anggota-anggota pasukan C masih mengekalkan disiplin apabila tidak membalas tembakan.

Buku khas, 69 Komando: Lahad Datu Mac 2013 setebal kira-kira 170 muka surat dengan lebih 300 gambar berwarna itu memberi gambaran terperinci bagaimana peristiwa tersebut berlaku termasuk rentetan cemas pertempuran melibatkan 69 Komando di Kampung Simunul, Semporna.

la ditulis oleh bekas ketua pengarang majalah pertahanan Tempur, Muhammad Fuad Mat Noor dengan kerjasama Markas 69 Komando, Ulu Kinta di Ipoh, Perak.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

ArticlePublished 09 Aug 2021 7.29 AMUpdated 20 Sep 2026 10.21 AM