
Artikel
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Jumaat Berdarah Segar Dalam Ingatan
Kuala Lumpur, 2 September 2022 - Berpantang maut sebelum ajal. Demikian situasi dilalui pesara polis hutan (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am), pesara S...
Kuala Lumpur, 2 September 2022 - Berpantang maut sebelum ajal. Demikian situasi dilalui pesara polis hutan (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am), pesara Sarjan Rosidi Semail, 74, ketika bertugas menentang komunis yang sedang mengganas di Sik, Kedah pada 16 Jun 1972.
Rosidi yang bertugas di Platun 16, Delta Kompeni, Markas Taktikal Kota Aur bersama 12 anggota ditugaskan mengiringi petugas Kompeni Alpha di Kampung Mung Gajah datang mengambil bekalan makanan mingguan di Kota Aur.
Mereka menaiki lima trak tanpa bumbung dan sebuah perisai jenis JMC, diketuai seorang koperal bergerak ke base Kompeni Alpha di Ampangan Muda, Kampung Mung Gajah yang terletak 15 kilometer dari Kota Aur.
“Ketika, kami melewati jalan berselekoh tajam antara Kota Aur dengan Kampung Mung Gajah tiba-tiba hujan gerimis. Orang tua-tua pernah berkata, kalau hujan panas, waspada kemungkinan ada orang akan mati berdarah.
“Walaupun Islam melarang mempercayainya namun petua orang-orang tua sukar dibuang dari kotak fikiran,” katanya.
Ikuti kisah lanjut berkenaan insiden serangan komunis di Kedah 50 tahun lalu, yang diceritakan oleh pesara Sarjan Rosidi Semail menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#02092022