Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Jumaat Berdarah Segar Dalam Ingatan

Published: 02 Sep 2022 3.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 September 2022 - Berpantang maut sebelum ajal. Demikian situasi dilalui pesara polis hutan (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am), pesara Sarjan Rosidi Semail, 74, ketika bertugas menentang komunis yang sedang mengganas di Sik, Kedah pada 16 Jun 1972.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-jumaat-berdarah-segar-dalam-ingatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Lumpur, 2 September 2022 - Berpantang maut sebelum ajal. Demikian situasi dilalui pesara polis hutan (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am), pesara Sarjan Rosidi Semail, 74, ketika bertugas menentang komunis yang sedang mengganas di Sik, Kedah pada 16 Jun 1972.

Biarpun sudah lima dekad berlalu, peristiwa yang digelar Jumaat Berdarah itu masih segar dalam ingatannya.

Rosidi yang bertugas di Platun 16, Delta Kompeni, Markas Taktikal Kota Aur bersama 12 anggota ditugaskan mengiringi petugas Kompeni Alpha di Kampung Mung Gajah datang mengambil bekalan makanan mingguan di Kota Aur.

Mereka menaiki lima trak tanpa bumbung dan sebuah perisai jenis JMC, diketuai seorang koperal bergerak ke base Kompeni Alpha di Ampangan Muda, Kampung Mung Gajah yang terletak 15 kilometer dari Kota Aur.

“Ketika, kami melewati jalan berselekoh tajam antara Kota Aur dengan Kampung Mung Gajah tiba-tiba hujan gerimis. Orang tua-tua pernah berkata, kalau hujan panas, waspada kemungkinan ada orang akan mati berdarah.

“Walaupun Islam melarang mempercayainya namun petua orang-orang tua sukar dibuang dari kotak fikiran,” katanya.

Ikuti kisah lanjut berkenaan insiden serangan komunis di Kedah 50 tahun lalu, yang diceritakan oleh pesara Sarjan Rosidi Semail menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#02092022

May be an image of 9 people and text that says 'Kuala INI TANAH KITA Oleh Muhamaad Razis ma.com.my Jumaat berdarah' segar dalam ingatan Rosidi imbau i
ArticlePublished 02 Sep 2022 3.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM