Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Jasa Pesara Pdrm Hargai Sateria Sang Saka Biru

Published: 29 Jul 2021 9.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hargai mereka yang sudah berjaya dengan jasa tidak terbilang kerana pesara itu bukan hanya peringkat bawahan, tetapi pada tahap Datuk dan pengarah tersohor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-jasa-pesara-pdrm-hargai-sateria-sang-saka-biru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:18 MYT

Hargai mereka yang sudah berjaya dengan jasa tidak terbilang kerana pesara itu bukan hanya peringkat bawahan, tetapi pada tahap Datuk dan pengarah tersohor.

Ada dalam kalangan mereka masih berkhidmat, di hujung perkhidmatan dan bersara wajib atau ada memilih untuk bersara awal. Kelakar bercampur gembira dan sedih melihat gelagat masing-masing. Ada yang bersara dan menyimpan janggut panjang berjela, berkopiah putih dan ada berambut panjang, agaknya lepas dendam kerana tidak boleh menyimpan rambut panjang ketika bertugas.

Masing-masing mungkin membilang jumlah rakan pesara yang ada kerana sudah ramai pergi meninggalkan mereka dan kehidupan perlu diteruskan seadanya. Masing-masing ada kisah tersendiri dalam hidup penuh warna-warni. Bercerita kenangan lama yang tak pernah luput dan padam dalam ingatan. Ada pernah menembak penjenayah, ada pernah mendapat penghargaan berkeping-keping surat penghargaan, tidak kurang juga yang kerja separuh jalan kerana tidak larat sebelum bersara awal.

Ikuti kupasan topik berkenaan jasa dan pengorbanan pesara PDRM oleh Ketua Polis Balai Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor, ASP Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'Bersama JASA PESARA PDRM Hargai sateria Sang Saka Biru ini ngorbanan M Fs asudahhen Hargai mereka yang suda

ArticlePublished 29 Jul 2021 9.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM