Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Anggota Trafik Tular Bantu Warga Emas Terima Penghargaan

Diterbitkan: 23 Jan 2024 2.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 23 Januari 2024 - Seorang anggota trafik yang tular kerana sifat mulia membantu menumpangkan warga emas wanita dengan motosikalnya ke Masjid Muhammadi pada 15 Julai lalu, menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kelantan Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, menerima surat penghargaan disampaikan sendiri oleh CP Dato’ Muhamad Zaki Harun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-anggota-trafik-tular-bantu-warga-emas-terima-penghargaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:52 MYT
Kota Bharu, 23 Januari 2024 - Seorang anggota trafik yang tular kerana sifat mulia membantu menumpangkan warga emas wanita dengan motosikalnya ke Masjid Muhammadi pada 15 Julai lalu, menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kelantan Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, menerima surat penghargaan disampaikan sendiri oleh CP Dato’ Muhamad Zaki Harun.
 
Konstabel Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sejak tiga tahun lalu, mengakui pertama kali menerima penghargaan berkenaan.

Beliau tidak menyangka pertolongan dianggap kecil menjadi tular hingga mendapat perhatian pihak atasan.

“Saya ketika itu dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas tugas rondaan dan terserempak dengan wanita berusia lingkungan 80-an berjalan terbongkok-bongkok.
“Dia cuba melintas jalan dan saya bertanyakan kepadanya hendak ke mana sebelum memberitahu mahu ke masjid berdekatan.

“Saya kemudian membantu memboncengnya sejauh dua kilometer,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
 
ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2024 2.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM