
Article
Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Anak Isteri Polis Hampir Tenggelam Di Rumah
Tumpat, 10 Disember 2024 – “Kami sedang sibuk selamatkan dan pindahkan orang kampung. Anak, isteri di rumah pula hampir tenggelam kerana air naik terlalu cepat...
Tumpat, 10 Disember 2024 – “Kami sedang sibuk selamatkan dan pindahkan orang kampung. Anak, isteri di rumah pula hampir tenggelam kerana air naik terlalu cepat," demikian luahan Inspektor Rizalman Hassan yang tinggal di Taman Sri Bayu di sini.
Beliau berkata, kawasan perumahan ini pernah dilanda banjir namun tidak seteruk itu apabila paras air di dalam rumah mencecah 0.7 meter.
“Sebaik sahaja selesai pindahkan orang kampung saya terus bergegas pulang ke rumah untuk bawa isteri serta dua anak berusia empat dan enam tahun berpindah ke tempat selamat.
“Saya terpaksa memangku kedua-dua anak sambil meredah banjir bersama isteri.
Semua dokumen penting, dua buah motosikal, barangan elektrik dan sebagainya tidak sempat diselamatkan kerana sepanjang tujuh tahun menyewa di sini, inilah kejadian pertama,” katanya kepada pemberita.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.