Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Keratan Akhbar Pilihan Anak Isteri Polis Hampir Tenggelam Di Rumah

Diterbitkan: 10 Dec 2024 7.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tumpat, 10 Disember 2024 – “Kami sedang sibuk selamatkan dan pindahkan orang kampung. Anak, isteri di rumah pula hampir tenggelam kerana air naik terlalu cepat," demikian luahan Inspektor Rizalman Hassan yang tinggal di Taman Sri Bayu di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-keratan-akhbar-pilihan-anak-isteri-polis-hampir-tenggelam-di-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:30 MYT
Tumpat, 10 Disember 2024 – “Kami sedang sibuk selamatkan dan pindahkan orang kampung. Anak, isteri di rumah pula hampir tenggelam kerana air naik terlalu cepat," demikian luahan Inspektor Rizalman Hassan yang tinggal di Taman Sri Bayu di sini.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat berkata, pada 29 November lalu air naik terlalu cepat ekoran limpahan Sungai Golok serta air laut pasang sehingga menyebabkan seluruh perumahan di Taman Sri Bayu ditenggelami banjir.

Beliau berkata, kawasan perumahan ini pernah dilanda banjir namun tidak seteruk itu apabila paras air di dalam rumah mencecah 0.7 meter.

“Sebaik sahaja selesai pindahkan orang kampung saya terus bergegas pulang ke rumah untuk bawa isteri serta dua anak berusia empat dan enam tahun berpindah ke tempat selamat.

“Saya terpaksa memangku kedua-dua anak sambil meredah banjir bersama isteri.

Semua dokumen penting, dua buah motosikal, barangan elektrik dan sebagainya tidak sempat diselamatkan kerana sepanjang tujuh tahun menyewa di sini, inilah kejadian pertama,” katanya kepada pemberita.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2024 7.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM